Tuesday, July 5, 2011

Hebahan WACANA TARBAWI


Pertubuhan IKRAM Malaysia akan mengadakan Wacana Tarbawi yang bertajuk "Tarbiah Ikhwan Muslimin dan Peranannya Dalam Membangunkan Masyarakat" oleh Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin. Maklumat wacana adalah seperti berikut:
Tarikh: 11 Julai 2011 (Isnin)
Masa: 8.00 malam - 11.30 malam
Lokasi: Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam
 Wacana terbuka untuk semua. Semua dijemput hadir. InsyaAllah

Thursday, April 21, 2011

Aktivi terdekat 23 & 24 April, IKRAM K.S

 







 23 hb April 2011, Sabtu malam Ahad
>>Katibah Akhawat:
Tempat: Pejabat IKRAM K.S






 24hb April 2011
>>Riadah Jama'ie
(Gabungan dengan Klang)
Tempat: Padang Rekreasi Setia Alam
Masa: 8.00pagi

Thursday, April 7, 2011

Mukhayyam Teluk Segadas Pulau Pangkor 25-27 Mac 2011

Gambar menceritakan segala-galanya tentang memori ini...

Wednesday, March 23, 2011

Seruan MUKHAYYAM Ikhwah!


Ayuh Ikhwah sahut seruan Mukhayyam!!
Terbuka Ikhwah Kuala Selangor untuk terlibat dengan aktiviti Mukhayyam pada kali ini. Dijangka dipenuhi dengan aktiviti menarik dan mengujakan, dengan pengisian tarbiyyah  fikriyah, aqliyah dan jasadiyah. Insyaallah!
Objektif
-menerapkan nilai-nilai ukhuwwah secara praktis (Gabungan hammasah Syabab+ Syuyukh)
-menerapkan nilai-nilai disiplin antara jundi dan qiadah
-penyampaian bahan-bahan asas dalam tarbiyah  secara praktikal
-melengkapkan satu lagi wasilah tarbiyah

Targeted Peserta
-Lepasan SPM dan ke atas
-Tiada had maksimum umum selagi bersemangat waja dan bertenaga!

 
Tarikh : 26-27hb Mac 2011 (Jumaat malam- Ahad)
Lokasi: Teluk Segadas, Pulau Pangkor
Pendaftaran: Saharuddin Yusoff - 013-5143437(24 hours)
Waktu Berkumpul : 10malam Jumaat 25 Mac 2011
Tempat Berkumpul: Pejabat Ikram K.Selangor
Yuran: RM50 sahaja ( Selepas diskaun)

Sepintas Mesyuarat Agung Daerah -Ikram Kuala Selangor

Alhamdulillah tanggal 22 Mac 2011, jam 9.00pm telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Daerah- Ikram Kuala Selangor bagi tahun pertamanya. Lebih membanggakan lagi bagi kita adalah, ini  daerah pertama yang melangsungkan AGM bagi seluruh daerah Selangor, Tahniah Ikram Kuala Selangor!.
Acara di pengerusikan Al-Fadhil Imam Khamis dan dimulai dengan bacaan AlQuran oleh Akhi Aiman. Disusuli Lagu Ikram dinyanyikan penuh bersermangat oleh para ahli. 
Seterunya ucapan aluan ringkas tapi padat oleh yang Berbahagia YDP Ikram K.Selangor, Akhi Rahim Malek. 
YDP menyelusuri Imbasan Sejarah Setahun Ikram Kuala Selangor disusuli dengan slide, dengan cogan "Pentingnya menjadi 'champion' atau juara dikalangan jemaah kita untuk memantapkan barisan'. "Menjadi figure yang menonjol dikalangan sahabat yang lain untuk berkembang dalam dakwah'. Antara ayat yang mengesankan adalah.. "Amal dakwah yang berkembang adalah berpusat dari individu yang berkembang". Dan Persoalan yang ditinggalkan " adakah kita punyai harapan?". Jawapannya, adalah hanya pada usrah sebagai penyelamat, insyaallah.

Monday, March 21, 2011

Mesyuarat Agung Daerah -Ikram Kuala Selangor


Pengumuman:
Mesyuarat Agung Daerah -Ikram Kuala Selangor
Tempat: Pejabat Ikram Kuala Selangor
Masa: 9.00PM
Tarikh: Selasa - 22 hb Mac 2011 (Hari ini)

Semua ahli Ikram Kuala Selangor dijemput hadir insyaallah.

Saturday, March 5, 2011

Tunaikan Tugas Dakwah ini!

Sahabatku yang dirahmati Allah,
Keyakinanmu pada Islam,  menuntut supaya kau laksanakan Islam ini dalam kehidupanmu dan sampaikan pada orang lain walaupun masyarakat menolaknya.
Jadikanlah dirimu sebagai batu-bata yang kuat dan mantap menuju binaan umat ini.
Teruskan dakwah ini tanpa rasa letih dan jemu, sesungguhnya nur kemenangan akan menerangi alam maya ini, bila kau gigih mengalas tugas yang besar ini dengan menunjukkan contoh yang baik.