Wednesday, March 23, 2011

Sepintas Mesyuarat Agung Daerah -Ikram Kuala Selangor

Alhamdulillah tanggal 22 Mac 2011, jam 9.00pm telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Daerah- Ikram Kuala Selangor bagi tahun pertamanya. Lebih membanggakan lagi bagi kita adalah, ini  daerah pertama yang melangsungkan AGM bagi seluruh daerah Selangor, Tahniah Ikram Kuala Selangor!.
Acara di pengerusikan Al-Fadhil Imam Khamis dan dimulai dengan bacaan AlQuran oleh Akhi Aiman. Disusuli Lagu Ikram dinyanyikan penuh bersermangat oleh para ahli. 
Seterunya ucapan aluan ringkas tapi padat oleh yang Berbahagia YDP Ikram K.Selangor, Akhi Rahim Malek. 
YDP menyelusuri Imbasan Sejarah Setahun Ikram Kuala Selangor disusuli dengan slide, dengan cogan "Pentingnya menjadi 'champion' atau juara dikalangan jemaah kita untuk memantapkan barisan'. "Menjadi figure yang menonjol dikalangan sahabat yang lain untuk berkembang dalam dakwah'. Antara ayat yang mengesankan adalah.. "Amal dakwah yang berkembang adalah berpusat dari individu yang berkembang". Dan Persoalan yang ditinggalkan " adakah kita punyai harapan?". Jawapannya, adalah hanya pada usrah sebagai penyelamat, insyaallah.

No comments:

Post a Comment